Berita Politik
BN terbuka untuk siasatan isu SD – Ahmad Zahid

Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 1 September – Presiden Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menyerahkan kepada pihak berwajib menjalankan siasatan berhubung akuan bersumpah (SD) ahli parlimen parti berkenaan.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulas tentang laporan polis yang dibuat mendakwa beliau menipu Yang di-Pertuan Agong Ke-16 berhubung SD Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Ahmad Zahid malah menegaskan, beliau berharap pihak berwajib polis, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) atau Peguam Negara akan melakukan siasatan terhadap perkara itu.
“Tentang perkara itu saya harap pihak berwajib sama ada pihak polis, ROS atau AG (Peguam Negara) sendiri boleh melakukan siasatan.
“Ini kerana seramai 10 daripada Ahli Parlimen BN yang telah tandatangani ikrar atau SD (telah) menandatangani dokumen bahawa kuasa untuk membentuk kerajaan diberikan kepada Pengerusi BN.
“Kerusi yang dimenangi itu bukan hak individu tetapi hak parti atau BN,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Tahunan MyPPP ke-71 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baru-baru ini meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menyiasat Ahmad Zahid.
Armada Bersatu mendakwa Ahmad Zahid menipu Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung SD Ahli Parlimen BN memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Pengarah Pilihan Raya Pemuda Perikatan Nasional (PN), Akmal Zahin Zainal dipetik sebagai mendakwa, ketika itu Dewan Tertinggi BN kekal dengan pendirian berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan, SD tersebut tidak ditandatangani oleh Ahli Parlimen BN dalam keadaan tekanan.
“Konon dalam keadaan tekanan. Kita ada rakaman video bagi setiap seorang yang menandatangani setiap dokumen-dokumen itu,” katanya. – Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am