Berita Politik
Penubuhan SG4 bermotifkan politik, bukan perniagaan - Puad Zarkashi

Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 3 Sept. - Penubuhan SG4 dianggap bermotifkan politik dan bukan perniagaan apatah lagi penasihatnya ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perkara itu dinyatakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam satu hantaran di media sosialnya hari ini.
"Apa akan jadi kepada Syarikat SG4 jika satu atau dua kerajaan negeri PN bertukar tangan. Trengganu, Kedah dan Perlis bukan mustahil dirampas semula oleh BN.
"Akan timbul banyak masalah baik dari segi pekerja, aset, saham dan lembaga pengarah. Tidak pernah 4 negeri berkongsi buat satu syarikat.
"Sanusi pula tidak suka kongsi kongsi. Takut Sanusi kata, “Kedah rugi sejak Tuhan buat dunia ini lagi”. katanya.
Pada semalam, Sidang Kemuncak Empat Kerajaan Negeri (SG4) mengumumkan secara rasmi penubuhan SG4 Group iaitu entiti korporat yang dimiliki secara bersama oleh empat negeri pembangkang.
Pengerusi Majlis Menteri Besar SG4, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, syarikat itu bertanggungjawab menyelaras dan membawa masuk pelaburan-pelaburan baharu rentas negeri SG4 dan akan berkongsi serta mengagihkan hasil kekayaan secara sama rata. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am