Berita Politik
PN letak BERSATU bertanding di PRK Dun Mahkota

KOTA BHARU 4 Sept - Perikatan Nasional (PN) mengesahkan calon daripada BERSATU akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, 28 September ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata ia mengambil kira kerusi berkenaan adalah milik BERSATU sebelum ini dan pengumuman calon dijangka diadakan seminggu sebelum hari penamaan calon.
"PN akan mengikut parti mana yang bertanding di kerusi berkenaan sebelum ini sebagaimana yang kita lakukan di DUN Nenggiri dan Sungai Bakap.
"Justeru, PN setuju BERSATU mengemukakan calon di kerusi berkenaan mewakili PN. Siapa calonnya tunggu mesyuarat PN terlebih dahulu.
"Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya BERSATU untuk PRK berkenaan," katanya pada sidang media di sini, malam tadi.
PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.
Sharifah Azizah sebelum itu dimasukkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang selepas mengalami pendarahan dalaman.
Allahyarham yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang sejak 1993, memenangi kerusi DUN Mahkota selepas menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 5,166 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Mac 2022.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 September sebagai hari pengundian manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September ini.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am