Berita Politik
Tak bertanding Ketua DAP, Kon Yeow kekal Ketua Menteri Pulau Pinang - Anthony Loke

Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 4 Sept – Biarpun mengumumkan tidak akan bertanding sebagai Ketua DAP negeri dalam pilihan parti pada 22 September depan, Chow Kon Yeow akan kekal sebagai ketua menteri Pulau Pinang sehingga tamat penggal pentadbiran.
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata beliau menghormati keputusan Chow itu demi pembaharuan dalam pimpinan DAP Pulau Pinang yang diterajuinya selama 25 tahun.
“Perlu ditegaskan bahawa keputusan itu tidak memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan Pulau Pinang kerana beliau akan terus memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga akhir penggal ini.
Ia selaras peruntukan Perlembagaan Negeri yang mengehadkan jawatan ketua menteri selama dua penggal maksimum, katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Chow dalam satu sidang media di George Town mengumumkan beliau telah menolak pencalonan diterima untuk pemilihan DAP Pulau Pinang pada 22 Sept depan.
Pemberitahuan pencalonannya itu dimaklumkan kepadanya menerusi surat dari Ibu Pejabat DAP pada 27 Ogos lalu.
Chow yang juga Adun Pengkalan Kota mula menduduki kerusi ketua menteri Pulau Pinang selepas PRU14 menggantikan Lim Guan Eng.
Beliau meneruskan pentadbiran untuk penggal kedua selepas gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional menang PRN Pulau Pinang Ogos tahun lalu. – Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am