Berita Politik
PN serah pada polis bila pemimpin dikait isu 3R, tapi DAP begitu cepat yakin Teresa Kok tak bersalah

Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 9 Sept. - Perikatan Nasional (PN) tidak pernah mempertahankan pemimpin mereka bila terkait dengan isu bangsa, kaum, agama (3R) namun perkara sebaliknya dilakukan DAP.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor disiasat berkait dengan 3R, pemimpin PN tidak pernah pertahankan dengan menyatakan mereka sama sekali tidak bersalah.
"Cukup sekadar menyerahkan kepada pihak polis dan berharap siasatan dilakukan dengan adil.
"Tetapi apabila Teresa Kok disiasat, Setiausaha Agung DAP awal-awal lagi MEYAKINI dia tidak bersalah dan tidak melanggar undang-undang. Walaupun dia menyebut perkataan 'MEMALUKAN NEGARA'," katanya dalam satu kenyataan.
Ahmad Fadhli berkata, besar sungguh isyarat dari kenyataan itu.
"Tetapi apa nak dibimbangkan, tanpa parti terbesar dalam kerajaan ini, PMX akan bertukar menjadi XPM," katanya.
Terdahulu, DAP menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, berhubung isu pensijilan halal sebagai mewakili kebimbangan masyarakat bukan Islam.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, pandangan diberikan itu adalah maklum balas daripada pemilik restoran-restoran bukan Islam yang bimbang bahawa perniagaan mereka juga akan diwajibkan mendapatkan pensijilan halal. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am