Berita Politik
PAS cadang pinda perlembagaan benar orang bukan Islam jadi ahli

JERANTUT 13 Sept - PAS bercadang meminda perlembagaan parti termasuk bagi membolehkan orang bukan Islam menjadi ahli, kata Mursyidul Am PAS Hashim Jasin.
Hashim berkata, perkara itu akan dibentangkan secara terperinci oleh Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan pada Muktamar Pusat yang akan bermula esok.
Tambahnya, sebarang keputusan mengenai isu itu pada Muktamar Pusat adalah muktamad.
“Pindaan perlembagaan (parti) itu (akan) dibuat beberapa perkaralah, tetapi isu dibangkitkan pada mesyuarat pemimpin tertinggi PAS sebelum ini … orang bukan Islam minta jadi ahli biasa.
Hanya orang Islam boleh jadi ahli PAS sekarang ini, sebab itu kita pakai Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) bagi yang bukan Islam, katanya pada sidang media selepas perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Ke-63 di Kompleks Imam Syafie’, yang turut dihadiri Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ahmad Yahya.
Hashim berkata, Presiden PAS Hadi Awang turut akan menyentuh isu keahlian golongan bukan Islam dalam ucapannya esok.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am