Berita Ekonomi
Jenama kegemaran para ibu, Tupperware fail bankrap
BENGALURU 18 Sept - Tupperware Brands sedang bersiap sedia untuk memfailkan kebankrapan seawal minggu ini, menurut laporan Bloomberg News pada Isnin yang memetik sumber dengan pengetahuan mengenai rancangan berkenaan.
Saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan, selepas ditutup dengan penurunan 57 peratus.
Diasaskan pada tahun 1946 oleh ahli kimia, Earl Tupper, populariti syarikat itu melonjak pada tahun 1950-an apabila wanita pasca perang menganjurkan "pesta Tupperware" di rumah untuk menjual bekas penyimpanan makanan, sebagai langkah untuk meraih pemberdayaan dan kebebasan.
Pandemik COVID-19 turut memberikan lonjakan jualan apabila lebih banyak keluarga kekal di rumah, memasak lebih banyak, dan menghasilkan lebihan makanan. Namun, jualan merosot dalam beberapa suku tahun kebelakangan ini apabila dunia kembali pulih dan dibuka.
Menurut Bloomberg, Tupperware kini merancang untuk memohon perlindungan mahkamah selepas melanggar syarat hutangnya dan telah melantik penasihat kewangan serta perundangan.
Persiapan kebankrapan ini adalah susulan rundingan panjang antara Tupperware dan pemberi pinjamannya, yang berkaitan dengan cara mengurus hutang lebih daripada AS$700 juta.
Pada Mac lalu, Tupperware memberi amaran bahawa perniagaan mereka mungkin tidak mampu bertahan sebagai entiti yang berterusan akibat masalah kecairan tunai. Syarikat itu belum memberi sebarang maklum balas terhadap permintaan komen dari Reuters.
Berita berkaitan
September 23, 2026, 10:48 am
Proton lancar varian S70 Lite, Prime pada harga bermula RM56,800
September 2, 2026, 12:18 pm
Ringgit Ease pelihara pasaran kewangan Islam menerusi pelancaran platform finEZ
August 26, 2026, 2:33 pm
Proton sasar jualan 200,000 unit tahun ini, tertinggi dalam tempoh 15 tahun
August 3, 2026, 12:43 pm
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700 berkuat kuasa serta-merta
July 22, 2026, 3:03 pm
Berhenti tepuk tangan gembira bila bangsa usahawan jatuh — Azizan Osman
July 9, 2026, 4:02 pm
OPR kekal 2.75 peratus, ekonomi semakin kukuh
July 8, 2026, 3:08 pm
Dr. Hanafi dilantik CEO baharu Estika Medispa, catat lonjakan jualan 100 peratus
May 7, 2026, 5:14 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 2.75 peratus bagi tahun 2026
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
