Berita Politik
'Jika benar-benar anak jantan, bebaskan Ahli-ahli Parlimen' - PAS cabar Anwar

Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 21 Sept - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mencabar kerajaan membebaskan Ahli Parlimennya daripada perjanjian mengikat mereka sebelum mahu pembangkang mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Ahmad Fadhli, berkata semua Ahli Parlimen perlu diberi kebebasan mengundi jika usul sedemikian diusulkan pada sidang Dewan Rakyat bermula 14 Okt hingga 12 Dis.
Dakwanya, wakil rakyat daripada blok kerajaan ketika usul percaya terhadap Anwar pada Disember 2022 diikat dengan perjanjian.
“Jika benar-benar anak jantan, bebaskan Ahli-ahli Parlimen dari semua perjanjian yang mengikat, beri mereka kebebasan mengundi mengikut pilihan sendiri.
"Kita tengok adakah Datuk Seri (Anwar) masih kekal ataupun tersungkur,” katanya di Facebook.
Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mengulas cabaran Anwar supaya pembangkang membawa usul undi tidak percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.
Anwar berkata, pembangkang perlu mengikut undang-undang dan bukan sewenang-wenang menggesanya ‘turun’ daripada jawatan.
Cabaran dilontarkan itu susulan usul diluluskan pada Muktamar Pemuda PAS supaya Anwar meletak jawatan atau diturunkan segera.
Ini bukan kali pertama Anwar mencabar Perikatan Nasional membentangkan usul berkenaan di Dewan Rakyat.
Anwar membuat cabaran sama pada 11 Jan tahun ini dan 6 Mei tahun lalu, dan menambah beliau akan memendekkan tempoh notis.
Gesaan untuk menguji keabsahan Anwar susulan dakwaan presiden PKR itu tiada majoriti mudah 112 sokongan Ahli Parlimen, merujuk kepada gerakan Langkah Dubai. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am