Berita Ekonomi
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pagi ini
KUALA LUMPUR 15 Okt - Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga hari ini didorong sentimen optimis terhadap Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
Perkembangan itu dicatatkan walaupun pasaran secara amnya kekal tidak menentu susulan kebimbangan mengenai pendirian monetari China dan AS.
Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh ke paras 4.2925/3080 berbanding dolar AS daripada 4.2945/2995 pada akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata dari sudut ekonomi, keadaan ekonomi AS menjadi tumpuan dengan bank pusat negara maju itu dilihat tidak cenderung melaksanakan dasar monetari yang agresif selain kebimbangan terhadap langkah rangsangan China yang setakat ini tidak menepati jangkaan pakar.
"Tumpuan kini kepada langkah monetari oleh China dan AS, malah atas alasan itu dolar AS dijangka kekal kukuh," katanya.
Pada awal urus niaga hari ini, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang utama lain.
Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8666/8774 daripada 2.8743/8778 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.6823/6992 daripada 4.6935/6989 semalam, namun susut berbanding pound Britain kepada 5.6086/6288 daripada 5.6056/6121, sebelum ini.
Selain itu, ringgit juga diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang ASEAN.
Unit tempatan itu naik berbanding baht Thailand kepada 12.8927/9482 daripada 12.9310/9538, mengukuh berbanding dolar Singapura pada 3.2815/2936 daripada 3.2868/2909 pada akhir urus niaga semalam dan meningkat berbanding rupiah Indonesia pada 275.7/276.8 berbanding 275.8/276.3, semalam.
Ringgit bagaimanapun hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.47/7.50 berbanding 7.47/7.49, semalam. - BERNAMA
Berita berkaitan
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
