Berita Politik
Adik Ahmad Zahid sertai PAS, jadi ahli seumur hidup

Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 16 Okt. - Datuk Abdul Hakim Hamidi, adik kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini membuat keputusan mengejut dengan menyertai PAS sebagai ahli seumur hidup.
Borang keahliannya telah diserahkan kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Perkembangan ini diumumkan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir Masduki, yang juga Yang Dipertua PAS Bagan Datuk, melalui hantaran di Facebook.
"Semoga kehadiran beliau dapat mengukuhkan lagi hubungan di kalangan pemimpin UMNO yang cintakan perpaduan berlandaskan Islam," kata Misbahul Munir.
Hakim menjelaskan bahawa keputusan meninggalkan UMNO, walaupun beliau adalah adik kepada Timbalan Perdana Menteri, dibuat kerana perubahan dalam parti tersebut yang memaksanya untuk bertindak demikian.
“Kini, UMNO tidak lagi seperti dahulu. Dahulu, UMNO tegas dalam menjaga hak Melayu dan agama Islam, tetapi kini kelemahan semakin jelas. Hak orang Melayu semakin terhakis dan agama Islam sering dipermainkan oleh pihak tertentu.
"Saya melihat UMNO sudah tidak seperti zaman saya aktif dahulu. Kepercayaan saya terhadap perjuangan asal UMNO telah pudar. Ini yang mendorong saya kembali kepada perjuangan asal keluarga saya, iaitu menyertai PAS," jelas Hakim dalam kenyataan medianya.
Keputusan ini dilihat sebagai satu langkah simbolik yang mencerminkan rasa kecewa terhadap perubahan dalam UMNO, dan berpotensi memberi kesan terhadap hubungan politik antara dua parti besar Melayu ini. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am