Berita Ekonomi
Penggabungan tiga bank masih dalam proses - PM
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan bahawa cadangan penggabungan antara Bank Pembangunan Malaysia Bhd, Exim Bank, dan SME Bank masih dalam proses, dengan penekanan diberikan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta kepentingan pinjaman untuk bumiputera.
Beliau menegaskan bahawa Bank Negara Malaysia sedang memantau proses ini dan memastikan kepentingan PKS serta syarat-syarat pinjaman bumiputera tetap menjadi keutamaan dalam dasar penggabungan tersebut.
"Itu antara syarat-syarat yang ditekankan oleh Bank Negara yang memantau penggabungan. Walaupun masih awal untuk saya memberikan komen lanjut, syarat PKS dan pinjaman bumiputera tetap dijadikan ukuran dan dasar dalam penggabungan ini," katanya semasa sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan daripada Datuk Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) yang bertanya mengenai perkembangan penggabungan tiga bank tersebut.
Dalam pembentangan Belanjawan 2024 baru-baru ini, Anwar mengumumkan bahawa institusi kewangan pembangunan negara akan disusun semula melalui penggabungan Bank Pembangunan Malaysia, SME Bank, dan Exim Bank untuk memperkukuh perkhidmatan kewangan pembangunan di Malaysia. - Media Telus
Berita berkaitan
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
