Berita Ekonomi
Kenderaan xEV sudah capai 33,319 unit setakat September lalu
KUALA LUMPUR 23 Okt. - Setakat 30 September 2024, jumlah kenderaan elektrifikasi (xEV) di Malaysia telah mencapai 33,319 unit.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kenderaan ini merangkumi kira-kira lima peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) dalam tempoh yang sama.
Daripada jumlah tersebut, lebih 15,000 unit merupakan kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV).
Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Tengku Zafrul menegaskan bahawa kenderaan elektrik hibrid (HEV) dan kenderaan elektrik hibrid pemalam (PHEV) masih relevan dalam mencapai sasaran kerajaan walaupun kerajaan memberi fokus kepada BEV.
Kerajaan menetapkan sasaran bahawa 20 peratus daripada kenderaan baharu tahunan akan terdiri daripada xEV menjelang tahun 2030, dengan harapan untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Di samping itu, Tengku Zafrul juga menyatakan bahawa 4,984 permohonan bagi Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) telah diluluskan setakat ini.
Skim ini menawarkan rebat tunai sebanyak RM2,400 bagi pembelian motosikal elektrik kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan tahunan RM120,000 ke bawah, serta rebat langganan sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan.
Skim ini, yang bertujuan menggalakkan peralihan kepada kenderaan elektrik, akan berakhir pada 31 Disember tahun ini. - Media Telus
Berita berkaitan
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
