Berita Politik
MKT UMNO sifatkan Rayer sebagai hipokrit

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin UMNO menyifatkan tindakan Ahli Parlimen DAP, RSN Rayer sebagai hipokrit berhubung kenyataannya yang mempersoalkan permohonan maaf bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkaitan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, menjelaskan bahawa permohonan maaf Najib merujuk kepada ketidakmampuannya mengawal tindakan individu di sekelilingnya yang didakwa menipu dan memanipulasi kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
“Apakah perkara yang sama tidak berlaku kepada (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), Tun (Dr Mahathir Mohamad) dan (Tan Sri) Muhyiddin (Yasin)? Adakah Anwar memohon maaf atas tindakan bekas Menteri PKR, (Datuk) Dr Xavier (Jayakumar) yang terlibat dalam kes rasuah?
“Perdana Menteri Ke-10 (Anwar) menyatakan tidak adil mengaitkan kes Farhash Wafa dengannya walaupun Farhash merupakan bekas Setiausaha Politik beliau. Malah, Anthony Loke juga tidak pernah memohon maaf apabila bekas ADUN Tronoh dari DAP didakwa dalam kes rogol. Jadi, siapa yang lebih berjiwa besar?” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Menurut Mohd Puad, Rayer sedia maklum bahawa UMNO tetap akan menyokong Najib kerana UMNO berpendapat beliau tidak mendapat perbicaraan yang adil dan merasakan pertuduhan yang dihadapinya bersifat terpilih.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, semalam menyatakan bahawa beliau menerima dengan baik permohonan maaf Najib dalam kes berkaitan 1MDB.
Dalam kenyataan yang disampaikan oleh anaknya, Datuk Mohamad Nizar, Najib menegaskan bahawa beliau tidak bersalah dan menyalahkan ahli perniagaan yang sedang diburu, Jho Low, serta eksekutif Petrosaudi sebagai dalang utama kes tersebut.
Permohonan maaf Najib ini dibuat hanya enam hari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadualkan membuat keputusan sama ada beliau perlu membela diri dalam kes yang bermula sejak lima tahun lalu. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am