Berita Ekonomi
Blackberry pilih Malaysia tubuh ibu pejabat keselamatan siber
Oleh NUR LELA ZULKUPLI
KUALA LUMPUR 28 Okt - Malaysia terpilih menjadi ibu pejabat BlackBerry Ltd bagi rantau Asia Pasifik membabitkan bahagian keselamatan siber firma teknologi yang berpangkalan di Kanada.
Telah beroperasi sepenuhnya, ibu pejabat itu berpangkalan di Cyberjaya, mengambil peluang daripada lokasinya yang berhampiran dengan hab teknologi baru muncul dan infrastruktur kerajaan.
Menerusi satu lagi peristiwa penting bagi syarikat, ibu pejabat baharu dan pengembangan wilayah di Asia Pasifik itu menandakan komitmen berterusan BlackBerry terhadap kerajaan Malaysia, susulan perjanjian keselamatan siber penting yang diumumkan pada November 2023.
BlackBerry bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber, iaitu kemudahan latihan bertaraf dunia untuk membantu meningkatkan kemahiran tenaga kerja negara.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengalu-alukan keputusan BlackBerry untuk menubuhkan ibu pejabat wilayah di Malaysia.
"Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada Malaysia tetapi akan membolehkan rantau ini memanfaatkan penyelesaian keselamatan siber termaju yang ditawarkan oleh BlackBerry," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh BlackBerry hari ini.
Naib Presiden Keselamatan Siber BlackBerry di Asia Pasifik, Tash Stamatelos, berkata Malaysia adalah pasaran yang penting secara strategik untuk BlackBerry.
"Kami berbangga untuk menubuhkan ibu pejabat Asia Pasifik baharu di Malaysia sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan serantau.
"Dalam pada negara ini menjadi akan Pengerusi ASEAN, kami memuji usaha Malaysia untuk memajukan transformasi digital dan kerjasama serantau dalam bidang seperti keselamatan siber, selain pelaburan berterusan dalam kemahiran, inovasi dan infrastruktur untuk memajukan ekonominya.
"Ini membina ekosistem yang dipercayai yang menarik untuk syarikat global seperti BlackBerry untuk melabur dan beroperasi, dan kami teruja dengan perjalanan kami ke hadapan dengan Malaysia sebagai hab Asia Pasifik serantau," katanya.
BlackBerry menyediakan perisian dan perkhidmatan keselamatan pintar kepada perusahaan dan kerajaan di seluruh dunia.
Perisian syarikat itu digunakan oleh lebih 255 juta kenderaan.
Berpangkalan di Waterloo, Ontario, BlackBerry memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin untuk menyampaikan penyelesaian inovatif bidang keselamatan siber, keselamatan dan penyelesaian privasi data.
Ia juga merupakan peneraju dalam bidang titik akhir keselamatan, pengurusan titik akhir, penyulitan dan sistem terbenam (embedded system).
Berita berkaitan
October 24, 2025, 8:05 pm
CEO Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed umum letak jawatan
October 23, 2025, 11:09 am
Kerajaan dapat jimat RM5 bilion setahun hasil penyasaran semula subsidi diesel – MoF
September 26, 2025, 6:39 pm
Saham Astro jatuh merudum ke paras terendah, keuntungan merosot hampir 70 peratus
September 23, 2025, 10:56 am
Harga RON95 turun, ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS
September 18, 2025, 11:00 am
Proton e.MAS 7 kekal EV paling laris, raih jualan lebih 5,800 unit hingga Ogos
September 10, 2025, 10:40 am
CFO perlu bertindak sebagai pemacu strategi, bukan lagi ‘scorekeeper’ – Abdul Wahid
September 1, 2025, 10:08 pm
Rianlon Corp bakal melabur RM820 juta di Johor, Anwar tinjau perkembangan ECRL
September 1, 2025, 3:23 pm
Moody’s jangka BNM kekal OPR pada 2.75 peratus minggu ini
August 15, 2025, 12:30 pm
