Berita Ekonomi
Ringgit dibuka tinggi berbanding US dolar
KUALA LUMPUR 12 Nov - Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, didorong oleh penyusutan sementara pengukuhan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu selepas lonjakan yang dipacu oleh pilihan raya, kata penganalisis.
Penganalisis berkata, pembetulan pasaran menyokong peningkatan kecil ringgit memandangkan peniaga menyesuaikan kedudukan mereka berikutan turun naik pasaran mata wang baru-baru ini.
Pada jam 8.05 pagi, ringgit meningkat sedikit kepada 4.4080/4200 berbanding dolar AS daripada 4.4090/4120 semasa ditutup pada Isnin.
Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes memberitahu Bernama kekuatan dolar AS telah diperkukuh dengan spekulasi mengenai potensi pengenalan semula tarif pada era Donald Trump.
"Senario ini secara umumnya tidak memberikan kelebihan kepada ekonomi yang bergantung kepada eksport di ASEAN,” katanya.
Innes berkata, peningkatan terbaru dolar AS pada awalnya tercetus berikutan desas-desus pada lewat Jumaat bahawa Trump yang memenangi pilihan raya presiden AS mungkin mengembalikan Robert Lighthizer, yang dikenali sebagai "Tariff Titan," sebagai wakil perdagangan.
"Walaupun Reuters segera meredakan keterujaan itu dengan penafian daripada sumber dalaman, kalangan peniaga pertukaran asing (FX) tetap berhati-hati.
"Sekiranya Lighthizer kembali, pentadbiran Trump yang kedua mungkin akan melaksanakan pendirian yang lebih agresif terhadap perdagangan global, yang boleh menyebabkan ketidaktentuan di pasaran FX Asia memandangkan mereka bersedia menghadapi keadaan yang mencabar,” katanya.
Pada pembukaan dagangan, ringgit kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6735/6890 daripada 5.6872/6910 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6998/7126 daripada 4.7088/7120 semasa ditutup pada Isnin.
Bagaimanapun, ia menurun sedikit berbanding yen Jepun, susut kepada 2.8705/8785 daripada 2.8701/8722 sebelum ini.
Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3056/3151 daripada 3.3120/3148 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7698/8138 daripada 12.8243/8390 semasa ditutup pada Isnin.
Ia hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.52/7.54 daripada 7.52/7.53 dan kebanyakannya stabil berbanding rupiah Indonesia kepada 280.9/281.8 daripada 280.9/281.3 sebelum ini. - Bernama
Berita berkaitan
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
