Berita Politik
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung BERSATU

PETALING JAYA 26 Nov. - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini sah bakal dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), menurut Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas perbincangan mendalam bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang tersebut. Azmin dikatakan menerima pelantikan itu dengan rela hati, sekaligus menamatkan sebarang spekulasi mengenai kedudukannya dalam parti.
“Saya sudah berbincang hati ke hati dengan beliau, dan Alhamdulillah, Azmin bersetuju untuk memegang jawatan ini. Tiada isu lagi.
“Kami ingin menjadikan BERSATU sebagai parti contoh dari segi pengurusan dan pentadbiran yang bebas rasuah serta komited dalam melaksanakan tugas,” kata Muhyiddin, seperti dilaporkan Sinar Harian.
Portal itu turut mengesahkan bahawa Azmin bersetuju dengan tawaran tersebut. Bagaimanapun, Muhyiddin menyatakan pengumuman rasmi pelantikan itu berkemungkinan dibuat selepas Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU atau pada hari perhimpunan itu sendiri.
Sebelum ini, Mohamed Azmin dilaporkan menolak tawaran jawatan tersebut kerana ingin memberi tumpuan kepada misi Perikatan Nasional (PN) Selangor, yang diketuainya, untuk menawan negeri itu pada pilihan raya akan datang.
Pelantikan ini dilihat sebagai langkah penting dalam mengukuhkan kedudukan BERSATU sebagai tunjang utama PN dan memantapkan strategi menjelang pilihan raya. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am