Berita Politik
Asyraf Wajdi dedah ramai ahli keluar UMNO mahu rujuk semula

KUALA LUMPUR 27 Nov - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan ahli yang keluar parti mahu 'rujuk' semula dengan mengemukakan permohonan kepadanya.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan individu berkenaan, namun mengesahkan ramai bekas ahli khususnya yang menyertai parti lawan mengutuskan permohonan untuk kembali kepada UMNO.
"Ramai yang dahulunya keluar parti dan menyertai parti lawan sudah menghantar permohonan untuk menyertai semula UMNO," katanya kepada BH.
Beliau mengulas kemungkinan UMNO akan mempertimbang untuk menarik semula penggantungan keahlian terhadap Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.
Ia susulan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditarik serta merta berkuat kuasa kelmarin.
"Setakat ni pejabat tidak menerima apa-apa surat permohonan daripada mereka (Hishamuddin dan Shahril)," katanya.
Tajuddin sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti.
Hishamuddin dan Shahril antara nama besar dalam kepemimpinan UMNO yang digantung keahlian selama enam tahun.
Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin antara sosok berpengaruh dalam UMNO yang dipecat parti itu pada 27 Januari tahun lalu.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am