Berita Politik
Pemuda UMNO seru bekas pemimpin kembali perkukuh parti

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh disarankan menjadi penghubung untuk membawa kembali bekas pemimpin parti yang dipecat atau digantung ke dalam UMNO demi memperkukuhkan kesatuan parti.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Afifi Aris, menyatakan bahawa tokoh seperti Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin, dan Shahril Hamdan perlu diberi peluang untuk kembali menyumbang kepada perjuangan UMNO.
“Kata Khairy, jiwanya masih ahli UMNO. Tetapi perkara ini perlu menjadi kenyataan. Saya yakin Muhamad Akmal mampu memainkan peranan untuk membawa mereka kembali bersama, termasuk mana-mana bekas pemimpin lain yang telah dipecat atau digantung,” kata Afifi dalam satu video yang dimuat naik di media sosial.
Afifi menegaskan, kekuatan UMNO bukan bergantung kepada individu, tetapi pada kesatuan masyarakat Melayu yang menjadi asas perjuangan parti tersebut.
UMNO Buka Pintu Kembali
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menyatakan kesediaannya membuka ruang kepada mana-mana ahli yang ingin kembali kepada parti.
Afifi turut menambah bahawa UMNO perlu tampil sebagai juara isu rakyat dan kembali fokus kepada membela nasib masyarakat, khususnya golongan Melayu.
“Untuk menjadi kuat, UMNO memerlukan kesatuan. Saya yakin Dr. Muhamad Akmal dapat menjadi jambatan untuk mengembalikan kekuatan parti,” ujar beliau.
Seruan ini menggambarkan usaha UMNO untuk memperkukuh kedudukan politiknya dengan mengutamakan perpaduan di kalangan ahli serta bekas pemimpin demi kepentingan bersama. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am