Berita Politik
Anwar hadiri Kongres Khas PKR

SHAH ALAM 15 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
Kongres itu diadakan selepas Kongres Nasional 2024 yang dijadualkan di Johor hari ini ditangguhkan susulan banjir yang melanda beberapa negeri.
Ketibaan Anwar yang juga Presiden PKR disambut pimpinan utama parti termasuk Timbalan Presiden Rafizi Ramli.
Turut hadir Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh dan Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.
Kongres berkenaan diadakan secara hibrid bagi memberi peluang kepada perwakilan dari negeri yang terkesan banjir untuk turut serta secara dalam talian.
Sebelum ini, Fuziah dilaporkan berkata Kongres Khas PKR itu antara lain akan meminda perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
Beliau berkata pindaan akan mengikut prinsip keterlibatan dalam demokrasi yang bakal memberikan hak kepada anggota parti untuk mengundi pemimpin pada sesi pemilihan akan datang bagi memastikan kredibiliti proses memilih pemimpin parti. – BERNAMA
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am