Berita Ekonomi
Airbus 330neo bukti transformasi baharu penerbangan nasional

SEPANG 19 Dis - Transformasi baharu dalam aspek pemodenan syarikat penerbangan nasional negara dirancakkan lagi dengan pengenalan debut pertama pesawat badan lebar Airbus 330neo oleh Malaysia Aviation Group (MAG).
Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail berkata, kemunculan pertama itu memberi suntikan memberangsangkan kepada transformasi MAG dengan menerapkan era baharu perjalanan udara.
“A330neo ialah pesawat terbaharu yang menyertai armada MAG di mana sebanyak 20 buah akan dihantar sehingga 2028 menerusi
Memorandum Persefahaman yang dimaterai bersama Airbus, Rolls-Royce dan Avolon.
“Selain itu, pesawat yang dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce Trent 7000 ini turut menampilkan inovasi aerodinamik, bahan termaju selain memberikan pengurangan sehingga 14 peratus dalam penggunaan bahan api dan pelepasan karbon berbanding generasi sebelumnya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pesawat Pertama A330neo yang dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke di sini tadi.
Untuk rekod, pesawat terbaharu ini menawarkan sebanyak 297 kerusi meliputi 28 di kelas perniagaan dan 269 di ekonomi.
Sementara itu, Anthony Loke berkata, pihaknya berharap supaya MAG dapat meningkatkan prestasi ‘on time performance’ selari dengan pemodenanan armada syarikat penerbangan itu.
“Jangkaan kami untuk MAG ialah dengan pemodenan dan penambahbaikan ini, daripada segi armada ialah perlu meningkatkan prestasi ‘on time performance’.
“Bagaimanapun, saya perlu akui MAG khususnya Malaysia Airlines dan MASwings, prestasi telah meningkat sejak dua bulan lalu terutamanya bagi sektor domestik,” jelasnya.
Pada masa sama, katanya, pemilikan pesawat baharu itu bukan sahaja melibatkan pemodenan armada, tetapi menjadi asas kepada Malaysia Airlines dalam meneroko pasaran penerbangan mampan.
“A330neo mewakili perkongsian penting antara Malaysia dan Airbus, kerjasama yang telah berkembang sejak dekad lalu.
“Malaysia kini merupakan pembekal terbesar komponen kepada Airbus di Asia Tenggara, dengan bahagian dibuat di sini termasuk sarung kipas enjin, avionik dan komponen sayap logam yang dipaparkan pada pesawat Airbus di seluruh dunia,” katanya.
Jelasnya, pencapaian itu menjadi bukti keupayaan anak tempatan dalam sektor aeroangkasa yang mana telah menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global.
Berita berkaitan
July 18, 2025, 2:46 pm
Zambia tarik minat pelabur global, 2 syarikat Malaysia ikat perjanjian bernilai USD4 juta
July 18, 2025, 12:33 pm
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 4.5 peratus pada suku kedua 2025
July 15, 2025, 3:43 pm
Delegasi Malaysia teroka peluang ekonomi berkembang di Zambia
July 1, 2025, 12:41 pm
BNM dijangka turunkan OPR 25 mata asas separuh kedua 2025 – HLIB
June 30, 2025, 6:25 pm
ASB 3 didik umum agihan pendapatan 5.25 sen seunit, libatkan RM423 juta
June 23, 2025, 11:07 am
Harga minyak melonjak susulan serangan AS ke atas Iran, cetus kebimbangan bekalan global
June 19, 2025, 2:46 pm
IMCJF terima 400 pertanyaan, 6 pelaburan disahkan dalam tempoh lima bulan
June 17, 2025, 3:54 pm
Kerajaan dahulukan rasionalisasi subsidi RON95 sebelum laksana cukai karbon – Amir Hamzah
June 17, 2025, 10:50 am