Berita Politik
Sokong Najib: AMANAH hairan PAS 'lebih UMNO' dari UMNO

KUALA LUMPUR 6 Jan - Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan PAS kini menjadi penyokong tegar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbanding daripada UMNO sendiri.
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad, berkata ia berdasarkan tindakan PAS yang meneruskan pendirian untuk mengadakan perhimpunan di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini.
Sedangkan katanya, Istana Negara sendiri sudah mengeluarkan kenyataan selain polis melarang perhimpunan berkenaan.
"Malah UMNO sendiri akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong, namun PAS masih terus mahu meneruskannya. Kita rasa situasi ini agak aneh.
"Hakikatnya, Najib dibicarakan dan dijatuhkan hukuman pada zaman (pentadbiran) Perikatan Nasional (PN) iaitu semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri," katanya selepas majlis ramah mesra bersama media malam tadi.
Mengulas lanjut katanya, semua pihak seharusnya akur dengan arahan dan titah Yang di-Pertuan Agong dan tidak mencampuri urusan keadilan yang dilaksanakan agensi terbabit.
"Kita tidak boleh membuat protes setiap kali adanya perbicaraan dan tindakan itu mencampuri institusi penghakiman.
"Biarkan proses itu berjalan tanpa ada tekanan daripada mana-mana pihak," katanya.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am