Berita Hiburan
Baru lepas penjara semalam, Along Cham failkan pengesahan cerai taklik terhadap isteri
KUALA LUMPUR, 29 Jan – Pelakon dan pelawak terkenal, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mengesahkan akan memfailkan pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi, di Mahkamah Syariah Putrajaya pagi ini.
Menurut Along, proses memfailkan pengesahan cerai itu dijadualkan berlangsung pada jam 11 pagi.
Along mengesahkan perkara tersebut bagaimanapun enggan memberikan butiran lanjut.
“Saya tiada komen, tapi saya bakal memfailkan pengesahan lafaz cerai secara taklik hari ini. Kita tunggu episod seterusnya,” katanya.
Semalam, Along dilihat melakukan sujud syukur di kandang tertuduh selepas Mahkamah Sesyen Sepang melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis yang ditemui di kediamannya di Cyberjaya pada Disember lalu.
Namun begitu, Along kini berdepan dua pertuduhan lain di Mahkamah Majistret Sepang, iaitu atas kesalahan memiliki dan memasukkan dadah ke dalam badan. Dalam kes tersebut, dia dibenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000.
Perkembangan ini sekaligus menambah babak dalam perjalanan kehidupan Along yang menjadi perhatian umum.
Berita berkaitan
July 30, 2026, 3:02 pm
Pempengaruh kongsi Rohingya halau keluar Malaysia, dedah cara dapat bekalan perniagaan
July 27, 2026, 2:56 pm
'Macam mana info peribadi saya awak boleh tahu?',Fattah Amin berang fitnah melampau
July 20, 2026, 6:10 pm
Bella Astillah, Syed Saddiq timba nasihat rumah tangga daripada Tun M
July 3, 2026, 4:19 pm
Filem 'The Keris' angkat semula legasi Hang Tuah di pawagam
July 3, 2026, 3:12 pm
Safwan Nazri rugi RM400,000, jadi mangsa 'scam' kontraktor kawan baik
July 2, 2026, 7:52 pm
Eksperimen sosial Isa Isarb dedah sikap warga asing beri rokok pada pelajar sekolah
July 1, 2026, 12:18 pm
