Berita Hiburan
'Jika tidak di dunia, kita bertemu di akhirat', ibu Aliff Aziz titip ucapan ulang tahun Ayden Adrean
KUALA LUMPUR 9 JULAI - Ibu kepada penyanyi dan pelakon popular Aliff Aziz, Siti Hafizah Sheikh Mohamad, menitipkan ucapan hari lahir penuh menyentuh hati buat cucunya, Ayden Adrean, sempena ulang tahun kelahiran gadis cilik itu pada Selasa lalu.
Menerusi hantaran di Instagram, Siti Hafizah memuat naik tangkap layar panggilan video antara Aliff dan anak sulungnya itu yang mendedahkan bahawa gambar tersebut dirakam tiga tahun lalu.
"Selamat hari lahir Ayden. Umi wan, tok ayah, daddy dan ibu-ibu saudara kamu tidak pernah melupakanmu. Ini adalah foto dan video terakhir kamu dari tiga tahun lepas, dan ia disimpan dengan begitu rapi," luahnya dalam nada emosi.
Dalam hantaran penuh hiba itu, Siti Hafizah turut meluahkan rasa rindu untuk bersatu semula dengan cucunya yang kini menginjak usia sembilan tahun, selain menitipkan doa buat kesejahteraan masa depan kanak-kanak berkenaan.
"Kami sentiasa mendoakan kebahagiaan Ayden dari jauh. Semoga membesar dengan iman dan ketakwaan kepada Allah, menjadi anak yang soleh serta pemimpin yang hebat. Jika kita tidak bertemu lagi di dunia ini, insya-Allah kita akan bertemu semula di akhirat kelak dengan izin-Nya," katanya lagi.
Untuk rekod, Aliff Aziz mendirikan rumah tangga dengan pelakon Bella Astillah pada 9 September 2016, sebelum pasangan itu sah bercerai pada 13 Jun 2024.
Sebelum ini, mereka pernah bercerai pada Mei 2019 namun mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam tempoh iddah.
Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Berita berkaitan
July 3, 2026, 4:19 pm
Filem 'The Keris' angkat semula legasi Hang Tuah di pawagam
July 3, 2026, 3:12 pm
Safwan Nazri rugi RM400,000, jadi mangsa 'scam' kontraktor kawan baik
July 2, 2026, 7:52 pm
Eksperimen sosial Isa Isarb dedah sikap warga asing beri rokok pada pelajar sekolah
July 1, 2026, 12:18 pm
Rita Rudaini berang dakwaan bakat sukan anak lelaki diwarisi Aidil Zafuan
June 30, 2026, 2:02 pm
Pempengaruh diugut bunuh lepas dedah 'sarang' Rohingya
June 26, 2026, 5:33 pm
Buku Aisyah Hijanah didakwa cipta ayat Al-Quran baharu, desak KDN ambil tindakan
June 25, 2026, 5:16 pm
Isu Nasi Ayam RM26, Neelofa dedah ibu berniaga suka-suka
June 25, 2026, 11:22 am
'Tak tahu kenapa burung memilih terbang’, Aslam titip pesanan lepas cerai
June 24, 2026, 1:54 pm
