Berita Hiburan
Afdlin Shauki nafi terlibat salah laku perolehan projek DBKL
PETALING JAYA 31 Jan. - Pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Afdlin Shauki, 54, menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam salah laku perolehan projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti yang tular di media sosial.
Menerusi satu kenyataan di Instagram, Afdlin menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab yang berniat untuk memburukkan namanya.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat sebarang unsur salah laku dalam perolehan projek tersebut. Ini adalah usaha pihak tertentu yang didorong oleh perasaan hasad dengki dan dendam yang tidak bertempat," katanya.
Menurut Afdlin, beliau telah membuat laporan polis dan difahamkan bahawa DBKL juga sedang menjalankan siasatan dalaman mengenai perkara ini.
"Saya bersedia memberikan kerjasama penuh kepada mana-mana agensi penguatkuasaan yang menjalankan siasatan. Saya menyeru semua pihak untuk memberi ruang kepada pihak berkuasa melaksanakan tugas mereka," tambahnya.
Terdahulu, tular dalam Telegram Edisi Siasat bahawa Afdlin, yang juga Ahli Lembaga Penasihat DBKL, didakwa terlibat dalam salah laku berkaitan perolehan projek penerbitan bahan kreatif DBKL yang dikatakan bernilai lebih RM10 juta.
Pendedahan itu menimbulkan persoalan mengenai ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus DBKL. Susulan itu, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan bebas secara menyeluruh terhadap dakwaan tersebut.
Afdlin yakin bahawa kebenaran akan terserlah, dan menyeru agar fitnah serta tohmahan berniat jahat ini tidak dibiarkan berleluasa. - Media Telus
Berita berkaitan
July 30, 2026, 3:02 pm
Pempengaruh kongsi Rohingya halau keluar Malaysia, dedah cara dapat bekalan perniagaan
July 27, 2026, 2:56 pm
'Macam mana info peribadi saya awak boleh tahu?',Fattah Amin berang fitnah melampau
July 20, 2026, 6:10 pm
Bella Astillah, Syed Saddiq timba nasihat rumah tangga daripada Tun M
July 3, 2026, 4:19 pm
Filem 'The Keris' angkat semula legasi Hang Tuah di pawagam
July 3, 2026, 3:12 pm
Safwan Nazri rugi RM400,000, jadi mangsa 'scam' kontraktor kawan baik
July 2, 2026, 7:52 pm
Eksperimen sosial Isa Isarb dedah sikap warga asing beri rokok pada pelajar sekolah
July 1, 2026, 12:18 pm
