Berita Politik
Akmal ingatkan Jeck Seng, kerusi yang dimenangi milik majoriti Melayu

KUALA LUMPUR 3 feb. - Kerusi Parlimen Ayer Hitam yang diwakili Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Parlimen Tanjung Piai yang diwakili Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng merupakan kawasan dengan majoriti pengundi Melayu.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, mengingatkan perkara ini sebagai respon terhadap kenyataan Timbalan Ketua Publisiti MCA Johor, Law Yiak Kwang, yang mengkritiknya dalam bahasa Cina baru-baru ini.
Yiak Kwang dalam kenyataannya meminta Muhamad Akmal merenung sebab orang bukan Melayu mempunyai persepsi negatif terhadapnya. Namun, kenyataan itu mencetuskan kontroversi apabila beliau didakwa menggunakan perkataan ‘gila’ yang merujuk kepada Muhamad Akmal, bukan kepada orang Melayu.
Sebagai tindak balas, Muhamad Akmal menegaskan bahawa beliau akan terus mempertahankan agama Islam dan bangsa Melayu sebagai tanggungjawabnya.
“Kami pertahankan agama dan bangsa bukan untuk disukai, tetapi kerana ia adalah amanah kami untuk menjaga kesucian agama dan bangsa.
“Kamu sentuh dan perlekehkan, kami akan lawan habis-habisan tanpa mengira dari parti mana kamu datang. Jangan lupa, dua kerusi yang kamu menangi itu terletak di kawasan apa,” katanya menerusi hantaran di media sosial. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am