Berita Hiburan
Aina Abdul menang Vokal Terbaik AJL 39 versi media sosial
KUALA LUMPUR 4 Feb - Penyanyi Aina Abdul terus mengukuhkan namanya dalam industri muzik apabila meraih kemenangan dalam kategori Vokal Terbaik versi media sosial untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Aina, yang akan mempertaruhkan lagu "Puas Sudah" pada malam kemuncak AJL 39, berjaya memperoleh hampir 30,000 undian individu menerusi Instagram Story (IGs) rasmi TV3 Malaysia.
Walaupun kemenangan mutlak masih menjadi persoalan, rakan seperjuangannya, Nadeera, yang membuat penampilan pertama di AJL 39, dijangka memberikan saingan sengit dengan vokal mantap dan persembahan yang memukau.
Nadeera bertanding dengan lagu "Bukan Lagi Kita," hasil ciptaan komposer dan penyanyi terkenal Hael Husaini serta Iqie Hugh. Kehebatannya dalam vokal menjanjikan persaingan sengit, menjadikan AJL 39 satu acara yang dinanti-nantikan.
Sementara itu, sokongan peminat terhadap sesi undian media sosial AJL 39 menunjukkan peningkatan luar biasa, dengan jumlah keseluruhan 40,000 undian dikumpulkan dari pusingan 1 hingga 3, manakala pusingan akhir mencatatkan 32,000 undian.
Undian yang berlangsung antara 22 hingga 30 Januari merupakan inisiatif TV3 bagi meningkatkan keterlibatan peminat dan merancakkan perbualan di media sosial menjelang malam kemuncak AJL 39 pada 16 Februari di Axiata Arena, Bukit Jalil. Acara ini akan disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton.
Namun, harus diingat bahawa undian ini hanya bertujuan untuk hiburan dan tidak akan mempengaruhi keputusan rasmi AJL 39.
Selain "Puas Sudah" dan "Bukan Lagi Kita," lapan lagi lagu yang bakal bersaing di pentas AJL 39 ialah "Sengaja" (Amir Masdi/Bunga Cantik & Hang Nadim), "Saksama" (Akim & The Majistret/Bunga Cantik), "Diam" (Hael Husaini/Iqie Hugh), "Hening Rindu" (Marsha Milan/Ikhwan Fatanna & Wan Salleh), dan "Aura" (Ernie Zakri/John Jeeves).
Turut bertanding ialah "Pujaanku" (Kugiran Masdo & Aisyah Aziz/Ali Sariah & Hedimoru), "Risiko" (Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique/Apipapol), serta "Terus Bersinar" (Hafiz Suip/Mas Dewangga, Jova Devito & Datuk Arisz Abdul Rahman).
Berita berkaitan
October 28, 2025, 9:21 pm
Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai temui penonton 20 November ini
October 28, 2025, 1:42 pm
'Saya datang sebab cinta, bukan benci' - Kamal Adli rayu netizen jangan kecam Uqasha
October 28, 2025, 1:11 pm
Peguam Uqasha tarik diri, prosiding cerai ditangguh 19 November
October 22, 2025, 10:45 am
Uqasha Senrose fail cerai, rumah tangga didakwa bergolak sejak April
October 9, 2025, 7:49 am
Black, Eddie umum tinggalkan kumpulan Wings
October 6, 2025, 12:18 pm
Ardell Aryana cedera serius selepas diserang tentera Israel ketika sertai misi kemanusiaan
September 27, 2025, 10:40 pm
'Niat mahu bantu Sathyia' - Murali Abdullah cadang arah drama dibintangi Sathiya dan David Arumugam
September 25, 2025, 8:27 pm
Penerbit Datuk A. Aida rebah selepas fisioterapi, kini ditidurkan
September 23, 2025, 1:32 pm
Kaki kiri Sathiya dipotong hingga paras lutut, rakyat Malaysia titip kata-kata semangat
September 22, 2025, 5:45 pm
