Berita Hiburan
Linda, Beego bakal bercerai kali ketiga
KUALA LUMPUR 6 Feb – Pelakon Linda Hashim hadir bersendirian ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar jam 9.20 pagi tadi tanpa kelibat suaminya, Beego.
Menurut Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, suaminya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, atau lebih dikenali sebagai Beego, telah dimaklumkan mengenai prosiding tersebut.
"Hari ini merupakan sebutan pertama selepas saya memfailkan perceraian awal bulan lalu," katanya ketika ditemui di perkarangan mahkamah.
Bagaimanapun, Linda tidak pasti mengenai keberadaan suaminya, namun memaklumkan bahawa peguam telah menghantar notis mahkamah kepadanya. Difahamkan, Beego kini berada di Labuan, Sabah berdasarkan hantaran di akaun Instagram miliknya.
Linda hadir ke mahkamah dengan mengenakan jubah hitam dan tudung berwarna cerah, ditemani peguam syarie, Nurul Fadzilah Kamaluddin. Beliau dilihat tergesa-gesa memasuki kamar perbicaraan.
Terdahulu, Linda memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada awal Januari lalu atas alasan tiada lagi persefahaman dalam rumah tangga mereka.
Sebelum ini, pada Mei 2023, pasangan tersebut pernah hadir ke mahkamah yang sama untuk membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak selepas mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023, selepas perceraian mereka pada 27 Mac tahun yang sama.
Linda juga pernah mendedahkan bahawa mereka bercerai buat kali kedua hanya beberapa bulan selepas kembali rujuk, namun tidak menghebahkan perkara itu kerana bimbang dianggap mempermainkan institusi perkahwinan.
Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
Berita berkaitan
March 16, 2026, 10:58 am
Aedy Ashraf ambil risiko besar terbitkan Tarung: Unforgiven
February 4, 2026, 10:52 am
Tarian penonton cetus kontroversi, penganjur Makar Fest XL tampil mohon maaf terbuka
January 27, 2026, 12:33 pm
Nora Ariffin tarik balik tuntutan cerai, pilih teruskan perkahwinan
January 23, 2026, 9:15 am
Fazura umum bersara daripada drama televisyen tempatan
January 20, 2026, 10:22 am
Brooklyn Beckham putus hubungan dengan keluarga, dakwa membesar dalam pembohongan
January 14, 2026, 2:42 pm
Filem ‘Ozora’ angkat kisah benar penganiayaan David Ozora di Jakarta
December 28, 2025, 4:39 pm
Rasa seperti renjatan elektrik di dada ketika latihan - Remy Ishak
December 18, 2025, 11:58 am
Kamal Adli tetap pertahankan rumah tangga, enggan buat kenyataan di luar mahkamah
December 12, 2025, 11:22 am
Sissy Imann sah bergelar isteri Dr Zamir Hilman dalam majlis akad nikah di Putrajaya
December 2, 2025, 6:30 pm
