Berita Hiburan
Roslan Saleh meninggal dunia pada usia 69 tahun
KUALA LUMPUR 7 Feb – Pelakon veteran, Roslan Saleh, 69, atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan meninggal dunia pagi ini.
Berita sedih itu dikongsikan oleh anak beliau, Farahanis Roslan menerusi satu hantaran di laman Facebook.
“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Roslan Saleh baru saja meninggal dunia sebentar tadi.
“Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia,maafkanlah dia, ampunilah segala dosa dan kesalahan dia,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, Roslan mengalami masalah kesihatan sejak tahun 2018 akibat penyakit diabetes kronik.
Beliau malah tidak mampu berjalan sendiri dan perlu dipapah untuk bangun.
Isterinya, Zainun Majid, 56, dilapor berkata, kesihatan Roslan tidak banyak berubah sejak terlantar di rumah.
Antara filem pernah dibintangi Roslan adalah Munafik 2, Sembilu 2 dan Gerak Khas The Movie 2.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah untuk dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini.
Berita berkaitan
August 29, 2026, 11:01 am
Penyanyi kumpulan rock BPR, Joey meninggal dunia pada usia 63 tahun
August 26, 2026, 12:57 pm
Ayda Jebat terima bintang cemerlang Melaka
August 16, 2026, 9:10 am
‘Tiwikarma’ curi perhatian, K.O.I juara AJL40
August 7, 2026, 5:37 pm
"Semua ketentuan Allah" — Ismahalil reda dipenjara 30 tahun, video pesanan terakhir tular
July 30, 2026, 3:02 pm
Pempengaruh kongsi Rohingya halau keluar Malaysia, dedah cara dapat bekalan perniagaan
July 27, 2026, 2:56 pm
'Macam mana info peribadi saya awak boleh tahu?',Fattah Amin berang fitnah melampau
July 20, 2026, 6:10 pm
