Berita Ekonomi
Malaysia eksport 54,665 tan minyak sawit ke Asia Tengah tahun lalu
KUALA LUMPUR 12 Feb - Malaysia telah mengeksport sebanyak 54,665 tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM288.23 juta ke negara-negara di Asia Tengah seperti Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan, dan Turkmenistan pada tahun lalu.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin, berkata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) terus berkomitmen untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam membekalkan minyak sawit ke Asia Tengah, serta meningkatkan penguasaan pasaran minyak sawit di Pakistan.
"Asia Tengah adalah destinasi eksport penting bagi minyak sawit Malaysia. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, MPOC telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mempromosikan minyak sawit Malaysia di rantau ini," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada pertanyaan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai usaha terkini Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju industri pembekalan minyak kelapa sawit di Asia Tengah dan mengukuhkan semula pengedaran minyak sawit di Pakistan.
Mengenai pasaran minyak sawit di Pakistan, Chan memaklumkan bahawa negara tersebut kekal sebagai antara 10 negara pengimport terbesar minyak sawit Malaysia, dengan import sebanyak 860,260 tan pada tahun 2024.
Kementerian itu juga memberi fokus kepada permintaan minyak makan dan lokasi strategik Pakistan sebagai pintu masuk ke Asia Tengah.
Berita berkaitan
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
