Berita Politik
Kulasegaran tarik diri pemilihan DAP bulan hadapan

KUALA LUMPUR 21 Feb - Veteran DAP M Kulasegaran memutuskan untuk menarik diri daripada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bulan depan.
Naib pengerusi kebangsaan itu berkata dalam satu kenyataan, beliau memutuskan untuk menarik diri daripada pemilihan bagi memberi laluan kepada pemimpin muda.
Bagaimanapun, beliau menggesa ahli supaya tidak melupakan pengorbanan yang telah dilakukan oleh beberapa pemimpin mereka, yang melalui penangkapan, penganiayaan, dan ugutan.
Beliau mengimbas kembali masa ketika beberapa veteran parti terpaksa membelanjakan wang mereka sendiri untuk menghadiri acara dan membantu dalam pilihan raya.
“Ahli yang berdedikasi ini masih bersama kita hari ini, dan kita mesti terus menghormati sumbangan mereka. Saya harap mereka tidak akan dilupakan,” kata Kulasegaran, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) itu.
Difahamkan beliau melemparkan sokongannya kepada pengerusi DAP Lim Guan Eng, yang berdepan cabaran serius dalam pilihan raya.
Keputusan Kulasegaran untuk menarik diri dibuat tiga hari selepas penasihat DAP Tan Kok Wai, Bendahari Kebangsaan Fong Kui Lun dan veteran parti Phee Boon Poh mengumumkan penarikan diri mereka.
Mereka juga berkata ingin memberi ruang kepada generasi baru pemimpin.
Kulasegaran, yang telah bersama DAP selama 30 tahun, menggesa parti itu untuk terus memperjuangkan hak rakyat Malaysia biasa, kelas pekerja dan hak asasi manusia secara keseluruhan.
“Parti mesti sentiasa berpegang pada asas sosialisnya, memperjuangkan kesaksamaan, keadilan, hak asasi manusia, dan tadbir urus yang baik,” katanya.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am