Berita Politik
Sivakumar sahkan bertanding pemilihan DAP bulan depan

KUALA LUMPUR 24 Feb / Ahli Parlimen tiga penggal Batu Gajah V Sivakumar akan bertanding semula untuk mendapat tempat dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada pemilihan parti bulan depan.
Bekas menteri sumber manusia itu yang mengesahkan beliau telah dicalonkan untuk bertanding pada pemilihan DAP.
Sivakumar, yang digugurkan daripada Jemaah Menteri Anwar Ibrahim pada Disember 2023, menyertai DAP pada 1997. Beliau memenangi pilihan raya pertamanya pada 2008, menjadi Adun Tronoh.
Timbalan Setiausaha Agung DAP itu dipilih sebagai Ahli Parlimen Batu Gajah pada 2013 dan mempertahankan kerusi itu pada PRU 2018 dan 2022.
Timbul spekulasi sama ada veteran DAP lain akan turut bertanding pada pemilihan CEC tahun ini berikutan penarikan diri empat ahli kanan.
Empat ahli kanan tersebut, iaitu Penasihat DAP Tan Kok Wai, Bendahari Fong Kui Lun, Naib Pengerusi M Kulasegaran, dan bekas exco Pulau Pinang Phee Boon Poh, berkata mereka mahu memberi laluan kepada generasi baharu pemimpin dalam CEC.
Naib Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen enam penggal Seputeh Teresa Kok berkata, beliau akan bersaing untuk mendapatkan tempat dalam CEC kerana belum menganggap dirinya sebagai ahli kanan parti lagi.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am