Berita Hiburan
Penyanyi lagu Killing Me Softly With His Song meninggal dunia pada usia 88 tahun
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Penyanyi R&B legenda, Roberta Flack, yang terkenal dengan lagu Killing Me Softly With His Song, meninggal dunia pada usia 88 tahun.
Menurut laporan BBC, Flack menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang di sisi keluarga pada 24 Februari 2025.
“Kami amat berduka cita dengan pemergian Roberta Flack hari ini. Mendiang meninggal dunia dengan tenang dikelilingi oleh keluarga tercinta.
"Flack memecahkan pelbagai halangan dan rekod. Mendiang juga seorang pendidik yang berjasa,” kata wakil keluarga dalam kenyataan rasmi.
Pada tahun 2022, Flack mendedahkan bahawa beliau menghidap penyakit motor neurone, yang menjejaskan sel saraf yang mengawal pergerakan otot, sekaligus menamatkan karier nyanyiannya.
Dilahirkan di North Carolina dan dibesarkan di Arlington, Virginia, Flack memulakan karier seninya sebagai pemain piano klasik sebelum menjadi guru muzik.
Beliau ditemui oleh pemuzik Les McCann ketika menyanyi di sebuah kelab jazz, yang memuji suaranya sebagai sesuatu yang "menyentuh, mengetuk, dan menggoncang setiap emosi yang pernah dialami."
Namun, kejayaan besar tidak tiba sehingga beliau berusia 30-an, apabila rakaman lagunya, The First Time Ever I Saw Your Face, karya Ewan MacColl, digunakan dalam babak cinta filem Clint Eastwood, Play Misty For Me (1971). Lagu itu kemudiannya memenangi Anugerah Grammy untuk Lagu Terbaik.
Flack sekali lagi mencipta sejarah apabila memenangi Grammy buat kali kedua pada tahun berikutnya dengan lagu ikoniknya, Killing Me Softly With His Song.
Pemergian Roberta Flack meninggalkan legasi besar dalam dunia muzik, dengan suaranya terus dikenang sebagai simbol kelembutan dan keindahan dalam industri R&B.
Berita berkaitan
March 16, 2026, 10:58 am
Aedy Ashraf ambil risiko besar terbitkan Tarung: Unforgiven
February 4, 2026, 10:52 am
Tarian penonton cetus kontroversi, penganjur Makar Fest XL tampil mohon maaf terbuka
January 27, 2026, 12:33 pm
Nora Ariffin tarik balik tuntutan cerai, pilih teruskan perkahwinan
January 23, 2026, 9:15 am
Fazura umum bersara daripada drama televisyen tempatan
January 20, 2026, 10:22 am
Brooklyn Beckham putus hubungan dengan keluarga, dakwa membesar dalam pembohongan
January 14, 2026, 2:42 pm
Filem ‘Ozora’ angkat kisah benar penganiayaan David Ozora di Jakarta
December 28, 2025, 4:39 pm
Rasa seperti renjatan elektrik di dada ketika latihan - Remy Ishak
December 18, 2025, 11:58 am
Kamal Adli tetap pertahankan rumah tangga, enggan buat kenyataan di luar mahkamah
December 12, 2025, 11:22 am
Sissy Imann sah bergelar isteri Dr Zamir Hilman dalam majlis akad nikah di Putrajaya
December 2, 2025, 6:30 pm
