Berita Politik
Zahid sahkan tiada perbincangan lagi, Tengku Zafrul masih bersama UMNO

IPOH 25 Feb. - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan belum ada sebarang perbincangan berhubung khabar angin bahawa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan meninggalkan parti itu dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid memaklumkan beliau bersedia untuk bertemu dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu bagi membincangkan perkara tersebut.
"Kita ada berjumpa tetapi belum bincang lagi. Mungkin beliau akan cari masa yang sesuai dan saya boleh bertemu bila-bila masa sahaja, tambahan pula sekarang sedang ada sidang Parlimen.
"Jika saya tidak ada tugasan luar, saya berada di Parlimen. Jadi, biar pejabat saya dan beliau mengaturkan tarikh yang sesuai," katanya kepada pemberita di Desa Seri Ampang pada Selasa.
Sebelum itu, Ahmad Zahid menziarahi keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Sabtu lalu.
Sebelum ini, pada 9 Februari, media melaporkan bahawa Tengku Zafrul akan bertemu Ahmad Zahid bagi berbincang sebelum mengumumkan keputusan mengenai masa depannya dalam UMNO.
Dakwaan beliau bakal meninggalkan parti timbul selepas dilaporkan tiada lagi masa depan politiknya dalam UMNO, malah terdapat spekulasi bahawa beliau telah dipelawa menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) beberapa bulan lalu. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am