Berita Politik
Pemimpin PKR cabar Syahir kemuka nama individu boleh ganti Anwar

KUALA LUMPUR 26 Feb - Pemimpin PKR mencabar Penolong Setiausaha Agung PAS, Syahir Che Sulaiman, untuk menamakan calon perdana menteri ‘teknokrat’ dari Perikatan Nasional (PN) yang didakwa mampu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Ketua Penerangan PKR, Chua Wei Kiat, berkata walaupun Ahli Parlimen Bachok itu mendakwa PN mempunyai ramai calon yang layak untuk diangkat sebagai perdana menteri, gabungan tersebut masih gagal mengemukakan calon mereka setakat ini.
"Syahir boleh terus mengkritik kerajaan perpaduan dan Anwar, tetapi adakah beliau mampu menjawab satu soalan mudah – siapa calon perdana menteri (daripada) PN?" soal Chua dalam kenyataan.
Chua, yang juga Adun Rawang, turut berkata PAS tidak perlu takut kepada Bersatu sebagai parti terbesar dalam PN dan berhak untuk menamakan calon perdana menteri mereka sendiri.
Beliau juga menyatakan bahawa walaupun pemimpin PN cuba mengelirukan rakyat, mereka tidak dapat menutup hakikat bahawa perpecahan dalam PN semakin ketara.
"Gabungan itu tidak mempunyai kepimpinan yang berwibawa untuk menerajui negara," tambahnya.
Sementara itu, Adun Kota Anggerik, Najwan Halimi, berkata tindakan Syahir yang tidak menamakan Presiden PAS, Hadi Awang, sebagai calon utama untuk menggantikan Anwar menggambarkan ketidakyakinan terhadap presiden partinya.
“Saya nak tanya saudara Syahir, adakah saudara tidak yakin dengan keupayaan presiden PAS untuk menjawat jawatan perdana menteri?” soal Najwan.
"Saya boleh faham jika saudara tidak yakin dengan presiden kerana ramai juga berpandangan beliau tidak layak, justeru boleh tak Syahir menamakan seorang calon perdana menteri dari PAS? Itu pun kalau ada," katanya.
Semalam, Syahir dilaporkan menyatakan bahawa golongan teknokrat boleh menggantikan Anwar sebagai perdana menteri, yang disifatkan sebagai alternatif terbaik untuk memimpin negara.
Kenyataan itu merujuk kepada pendapat bekas duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Nazri Aziz, yang menyokong Anwar sebagai perdana menteri ke-11 atas dasar ketiadaan pengganti setandingnya, termasuk daripada Umno sendiri.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am