Berita Hiburan
Aliff Aziz, Ruhainies mengaku berkhalwat, didenda RM3,000
KUALA LUMPUR 27 Feb – Pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Ruhainies, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada 21 Februari lalu selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan berkhalwat.
Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan bahawa pasangan tersebut, yang sebelum ini mengaku tidak bersalah, akhirnya mengubah pendirian mereka.
Pada 3 Julai tahun lalu, Aliff, 33, atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, dan Ruhainies, 31, atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, hadir di mahkamah dan menafikan pertuduhan yang dibacakan.
Kes ini kemudiannya ditetapkan untuk perbicaraan pada 20 dan 27 Februari tahun ini.
Namun, menurut kenyataan Jabatan Pendakwaan Syariah, pada 18 Februari lalu, peguam syarie yang mewakili kedua-dua tertuduh memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya ingin menukar pengakuan kepada bersalah.
Mahkamah kemudian menetapkan 21 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.
“Selepas pertuduhan dibacakan semula, kedua-duanya mengaku bersalah. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah kemudiannya mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda,” menurut kenyataan itu.
Difahamkan, kedua-dua selebriti berkenaan telah melunaskan bayaran denda tersebut.
Aliff dan Ruhainies sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan 27(b) Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] atas kesalahan berkhalwat.
Kes ini mula mendapat perhatian umum selepas mereka ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada tahun lalu. Sumber mendedahkan bahawa serbuan dilakukan berdasarkan maklumat awam, dan pasangan itu ditahan di kediaman milik Ruhainies.
Susulan kontroversi ini, kedua-dua selebriti tersebut tampil memberi penjelasan di media sosial. Aliff menegaskan bahawa tiada perkara tidak bermoral berlaku ketika serbuan dilakukan.
Berita berkaitan
August 29, 2026, 11:01 am
Penyanyi kumpulan rock BPR, Joey meninggal dunia pada usia 63 tahun
August 26, 2026, 12:57 pm
Ayda Jebat terima bintang cemerlang Melaka
August 16, 2026, 9:10 am
‘Tiwikarma’ curi perhatian, K.O.I juara AJL40
August 7, 2026, 5:37 pm
"Semua ketentuan Allah" — Ismahalil reda dipenjara 30 tahun, video pesanan terakhir tular
July 30, 2026, 3:02 pm
Pempengaruh kongsi Rohingya halau keluar Malaysia, dedah cara dapat bekalan perniagaan
July 27, 2026, 2:56 pm
'Macam mana info peribadi saya awak boleh tahu?',Fattah Amin berang fitnah melampau
July 20, 2026, 6:10 pm
