Berita Ekonomi
Lebih 4,500 tempahan, e.MAS 7 berjaya dominasi 25 peratus pasaran EV tempatan
KUALA LUMPUR 3 Mac - PRO-NET, anak syarikat PROTON, telah mencapai satu pencapaian penting dengan penghantaran unit ke-1,000 bagi model e.MAS 7.
Pencapaian ini menunjukkan pertumbuhan pesat pasaran kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dan mengukuhkan keyakinan pengguna terhadap jenama nasional dalam segmen mobiliti elektrik.
Sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, model EV pertama PROTON ini mendapat sambutan hangat dengan lebih 4,500 tempahan direkodkan setakat ini.
PRO-NET optimis angka tempahan akan meningkat kepada 6,000 dalam masa terdekat, terutamanya dengan lanjutan pakej kuasa pelancaran khas yang menawarkan harga istimewa kepada pembeli awal.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, kejayaan e.MAS 7 bukan hanya diukur dari segi jualan, tetapi juga mencerminkan komitmen syarikat untuk membangunkan ekosistem EV yang lengkap di Malaysia.
"Matlamat kami bukan sekadar menjual kereta, tetapi memastikan peralihan kepada mobiliti elektrik berjalan dengan lancar dan disokong penuh keyakinan.
"Respon positif terhadap e.MAS 7 membuktikan bahawa rakyat Malaysia kini lebih terbuka untuk menggunakan EV, terutama apabila ia ditawarkan pada harga mampu milik dengan infrastruktur yang mencukupi," katanya dalam satu kenyataan.
Kajian pengguna menunjukkan 58 peratus pembeli berpuas hati dengan nilai yang ditawarkan e.MAS 7, sementara 51 peratus menganggarkan ruang kabin yang luas dan kesesuaian untuk kegunaan harian sebagai kelebihan utama.
Selain itu, 38 peratus tertarik dengan ciri keselamatan termaju seperti Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2, dan 39 peratus memilih model ini kerana Peta Pengecasan Langsung yang memberikan akses kepada lebih 2,000 stesen pengecasan di seluruh negara.
Dengan bahagian pasaran EV tempatan sebanyak 25 peratus, e.MAS 7 kini menjadi salah satu model paling diminati dalam segmen ini. Kejayaan ini disokong oleh harga yang kompetitif, kepraktisan, serta ekosistem menyeluruh yang memudahkan pengguna menyesuaikan diri dengan teknologi baharu.
Kenyataan itu menambah, semakin ramai rakyat Malaysia menyedari bahawa beralih kepada EV bukan sahaja menyokong kelestarian alam sekitar, tetapi juga merupakan pilihan yang lebih ekonomik dan praktikal dalam jangka panjang.
Berita berkaitan
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
