Berita Politik
70 calon bersaing dalam pemilihan CEC DAP pada 16 Mac - Steven Sim

KUALA LUMPUR, 3 Mac - Seramai 70 calon bakal bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 16 Mac ini, bersempena Kongres Kebangsaan DAP ke-18 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC), Shah Alam, bermula pukul 10 pagi.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim, berkata proses pemilihan CEC akan dikendalikan oleh sebuah syarikat audit bebas untuk memastikan ketelusan.
Beliau yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH), akan menghadiri kongres tersebut.
"Kehadiran beliau menunjukkan sokongan kuat terhadap DAP dalam usaha memperkukuh parti," katanya pada sidang media hari ini.
Antara nama besar yang disenaraikan untuk bertanding ialah Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Menteri Digital, Gobind Singh Deo; serta Steven Sim sendiri.
Calon wanita pula termasuk Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok; Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh; Ahli Parlimen Bentong, Yong Syefura Othman; Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin; dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng.
Sebelum ini, empat pemimpin veteran DAP mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan mereka dalam CEC bagi memberi peluang kepada generasi baharu. Mereka ialah Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran; penasihat parti, Tan Kok Wai; Bendahari DAP, Fong Kui Lun; serta ahli CEC, Datuk Seri Phee Boon Poh.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am