Berita Politik
DAP jamin pemilihan CEC bersih dan adil, lantik badan audit bebas - Steven Sim

SHAH ALAM 11 Mac - DAP memberi jaminan bahawa proses pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang akan berlangsung Ahad ini akan dijalankan secara bersih, telus dan adil.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim, berkata bagi memastikan ketelusan proses pemilihan, parti telah melantik sebuah badan audit bebas antarabangsa sebagai pengendali pihak ketiga.
“Saya sudah katakan bahawa pemilihan CEC akan dilaksanakan dalam keadaan bersih, telus dan adil. Kita melantik pihak ketiga yang berkecuali iaitu badan audit bebas antarabangsa sebagai pengendali atau 'SPR' (Suruhanjaya Pilihan Raya) kita.
“Saya yakin dengan budaya DAP, perwakilan dan ahli bahawa tiada perkara seperti politik wang atau cubaan membeli perwakilan,” katanya kepada pemberita hari ini.
Sim turut menolak dakwaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M Satees, mengenai wujudnya politik wang dalam pemilihan CEC kali ini, dengan menegaskan bahawa Satees bukan lagi ahli parti dan tidak berhak membuat tuduhan sedemikian.
“Dia bukan sahaja bekas ADUN, tetapi bekas ahli. Jadi bagaimana dia boleh dapat maklumat semua itu? Saya yakin pemilihan parti kali ini akan dijalankan dengan bersih, telus dan adil.
“Beliau bukan ahli parti dan boleh berkata apa sahaja. Jika mahu membawa perkara ini ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), itu hak dia,” katanya.
Pemilihan sempena Kongres Kebangsaan DAP Ke-18 hujung minggu ini bakal menyaksikan 70 calon bersaing bagi merebut 30 jawatan dalam CEC di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC).
Antara nama besar yang bertanding ialah Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Steven Sim sendiri.
Beberapa calon wanita yang bertanding termasuk Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok; Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman; Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am