Berita Ekonomi
Diarah bayar lialibiti tertunggak, Sapura Energy dapat pelaburan RM1.1 bilion daripada kerajaan
KUALA LUMPUR 12 Mac – Sapura Energy Berhad (SEB) semalam mengumumkan bahawa mereka telah menerima pelaburan berjumlah RM1.1 bilion melalui langganan saham pinjaman boleh tebus boleh tukar (RCLS) pada nilai nominal daripada Malaysia Development Holding Sdn. Bhd. (MDH).
MDH, sebuah syarikat tujuan khas yang dimiliki Menteri Kewangan (Diperbadankan), mengarahkan agar hasil daripada langganan tersebut digunakan sepenuhnya untuk menyelesaikan atau membayar liabiliti yang tertunggak oleh Kumpulan SEB kepada pembekal perkhidmatan Malaysia yang terlibat dalam sektor minyak dan gas.
Dalam satu kenyataan, SEB menyatakan bahawa pelaburan ini menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha mereka menyusun semula kewangan dan mengukuhkan komitmen terhadap kemampanan jangka panjang syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB, Muhammad Zamri Jusoh, berkata bahawa sebagai syarikat Malaysia yang menyokong lebih 2,000 vendor tempatan, mereka mengakui tanggungjawab untuk menjaga ekosistem minyak dan gas negara.
“Kebanyakan vendor Malaysia kami adalah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang telah menghadapi kerugian besar dan kesukaran kewangan semasa serta selepas pandemik Covid-19. Kami berkomitmen untuk menyelesaikan sepenuhnya hutang tertunggak kepada mereka,” katanya.
SEB turut menyokong lebih 2,300 vendor tempatan, dengan sekitar 1,800 daripadanya adalah PKS. Dalam lima tahun terakhir, SEB telah menganugerahkan kontrak bernilai RM7.3 bilion kepada vendor tempatan.
Berita berkaitan
May 7, 2026, 5:14 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 2.75 peratus bagi tahun 2026
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
