Berita Politik
Pas dakwa UMNO ‘bunuh diri’ kerana bersama DAP

KUALA LUMPUR 13 Mac - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mendakwa UMNO sedang "membunuh diri" kerana masih bekerjasama dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.
Menurutnya, kenyataan terbaharu Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, menunjukkan bahawa UMNO bukan lagi parti yang dihormati.
“Dalam satu majlis makan malam Kelab Veteran Kebangsaan DAP di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan bahawa ‘DAP tidak pernah dikuasai UMNO semasa menjadi pembangkang dan tidak akan dikuasai apabila berada dalam kerajaan.’
“Kenyataan ini memperlihatkan bahawa UMNO yang kini mencium DAP, ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong,” katanya dalam satu kenyataan.
Abdul Hadi turut mendakwa bahawa parti-parti Melayu dalam Pakatan Harapan (PH), termasuk Parti Amanah Negara, PKR, dan UMNO, ibarat “mangsa yang dibelit ular besar sehingga akhirnya ditelan sedikit demi sedikit.”
Beliau menambah bahawa Amanah dan pemimpin Melayu dalam DAP hanya menjadi suara yang bersuara bagi pihak DAP, manakala PKR dan UMNO pula terpukau dengan pangkat dan projek mega yang mengaburi mata mereka.
“Mereka sanggup bersama DAP asalkan diberikan jawatan sebagai menteri, timbalan menteri, menteri besar, atau exco, malah ada yang menagih projek mega.
“Kesemua mereka seolah-olah menjadi semut yang membunuh diri dalam gula yang manis. Bukan Pas yang membunuh UMNO jika bersama dalam satu gabungan, seperti yang diuar-uarkan. Sebaliknya, UMNO yang sedang membunuh dirinya sendiri, seperti kelekatu yang terjun ke dalam api kerana tertarik pada cahayanya,” katanya.
Abdul Hadi turut menegaskan bahawa Islam membenarkan kerjasama dengan bukan Islam yang tidak bersikap ekstrem, namun menolak pihak yang cuba menyingkirkan Islam, bangsa Melayu, dan bumiputera.
Justeru, beliau mengajak parti-parti yang dianggap telah "terlanjur" untuk kembali ke pangkal jalan. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am