Berita Politik
Gobind Pengerusi baharu DAP, Guan Eng dilantik Penasihat, Loke kekal Setiausaha Agung

SHAH ALAM 17 Mac - Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatan disandangnya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP, pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu, malam ini.
Ahli Parlimen Bagan itu sebaliknya dilantik sebagai Penasihat DAP bagi menggantikan penyandangnya, Tan Kok Wai yang mengumumkan tarik diri sebelum ini.
Perkembangan terbaru itu sekali gus menyaksikan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP kini dipegang Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo.
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan pula kekal menerajui DAP sebagai Setiausaha Agung bagi penggal kedua berturut-turut.
Seterusnya Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP bagi menggantikan Gobind.
Lima jawatan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP diisi oleh Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen; Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim; Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan; serta EXCO Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar.
Senarai penuh kepimpinan CEC baharu DAP diumumkan oleh Loke pada sidang media selepas barisan terbabit dipersetujui sebulat suara pada mesyuarat itu.
Berikut adalah senarai penuh CEC DAP 2025-2028
Penasihat: Lim Guan Eng
Pengerusi Kebangsaan: Gobind Singh Deo
Timbalan Pengerusi Kebangsaan: Nga Kor Ming
Naib Pengerusi Kebangsaan:
1) Chong Chieng Jen
2) Teo Nie Ching
3) Datuk Ng Suee Lim
4) Syahredzan Johan
5) J Arul Kumar
Setiausaha Agung: Loke Siew Fook (Anthony)
Timbalan Setiausaha Agung:
1) Sim Chee Keong (Steven)
2) Yeoh Tseow Suan (Hannah)
3) Ramkarpal Singh
Bendahari Kebangsaan: Datuk Ngeh Koo Ham
Penolong Bendahari Kebangsaan: Ng Sze Han
Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Khoo Poay Tiong
Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan:
1) Lee Chin Chen
2) Tan Hong Pin
Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Yeo Bee Yin
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan:
1) Young Syefura Othman
2) Wong Shu Qi
Setiausaha Antarabangsa: P Kasthuriraani
Penolong Setiausaha Antarabangsa: Alice Lau Kiong Yieng
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Lee Chuan How (Howard)
Penolong Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Vivian Wong Shir Yee
Pengarah Strategik: Liew Chin Tong
Pengarah Dasar: Datuk Chan Foong Hin
Pengarah Pilihan Raya: Wong Kah Woh
AJK:
1) Teo Kok Seong
2) Chow Kon Yeow
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am