Berita Politik
Fahmi Fadzil umum bertanding jawatan Naib Presiden PKR

KUALA LUMPUR 17 Mac - Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil, mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR dalam pemilihan parti yang dijadualkan pada 24 Mei ini.
Menteri Komunikasi dan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata keputusan tersebut dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin serta rakan-rakannya dalam parti.
“Penilaian dan perbincangan mendapati terdapat ruang untuk saya menabur bakti kepada parti. Setelah berbincang dengan cabang Lembah Pantai serta rakan-rakan di peringkat akar umbi ketika menjelajah ke negeri-negeri, saya membuat keputusan untuk bertanding. Bila tiba masanya, insya-Allah saya akan menghantar pencalonan,” katanya ketika ditemui selepas mengedarkan kurma dan bubur lambuk di Bazar Ramadan Bazaria, Pantai Dalam, semalam.
Fahmi turut menjelaskan bahawa beliau dan pasukannya akan merangka strategi yang berbeza untuk memastikan kemenangan pada pemilihan parti kali ini.
“Pertandingan dalam Keadilan adalah pertandingan dalam keluarga. Kita berusaha untuk bertanding secara sihat dan mengelakkan elemen tidak baik. Ini juga pesanan daripada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa pasukannya akan menawarkan idea-idea terbaik dalam pemilihan kali ini bagi memastikan PKR kekal sebagai parti yang berpandangan jauh ke hadapan.
Fahmi menjadi pemimpin terbaharu yang mengumumkan hasrat untuk bertanding selepas empat penyandang jawatan Naib Presiden PKR menyatakan akan mempertahankan kedudukan mereka. Mereka ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad; serta Nurul Izzah Anwar. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am