Berita Hiburan
PM beri sumbangan kepada Ebby Yus

KUALA LUMPUR 9 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon dan pelawak, Ebby Yus untuk kegunaan harian dan perubatannya.
Hantaran di media sosial Anwar pada Khamis memaklumkan sumbangan itu disampaikan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi semalam ketika menziarahi Ebby yang sedang menderita akibat pelbagai komplikasi penyakit kronik, sekali gus menghadkan penglibatannya dalam dunia seni.
"Mendoakan agar beliau terus kuat dan dikurniakan afiyah sesegera mungkin, Insya-Allah,” kata Anwar dalam hantaran itu.
Disember lepas Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 58, dilaporkan telah menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung susulan menghadapi masalah lemah jantung. - Bernama
#ANWARIBRAHIM #PERDANAMENTERI #EBBYYUS
Berita berkaitan
May 2, 2025, 12:16 pm
Eyka Farhana, Akhyar Rashid sah bergelar suami isteri
May 1, 2025, 10:23 am
Saiful Apek nafi ditahan polis, cuma ada selisih faham
April 7, 2025, 10:17 am
Pelakon veteran, Noor Azizah meninggal dunia
March 27, 2025, 11:29 am
"Mantera" – Filem seram berdasarkan ritual sebenar, pelakon dirasuk & kru ditarik ke gaung!
March 24, 2025, 3:01 pm
Tiada sefahaman, isteri Edika Yusof fail cerai selepas 22 tahun berkahwin
March 21, 2025, 11:27 am
Shila Amzah berbuka puasa bersama ibu, hubungan keluarga kembali pulih
March 19, 2025, 4:23 pm
Nora Ariffin fail perceraian, penuhi permintaan isteri pertama
March 19, 2025, 2:37 pm