Berita Hiburan
Eyka Farhana, Akhyar Rashid sah bergelar suami isteri
KUALA LUMPUR 2 Mei – Pelakon popular Eyka Farhana dan pemain bola sepak negara, Akhyar Rashid, kini sah bergelar suami isteri selepas melangsungkan akad nikah dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Boat House, Ampang, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh pelakon dan pengarah, Tam Suhaimi, menerusi Instagram apabila memuat naik gambar papan tanda majlis dengan nama pasangan berkenaan serta tarikh hari ini.
Beberapa rakan selebriti dan kenalan turut berkongsi foto sekitar majlis yang menyaksikan Eyka tampil anggun dalam busana serba putih.
Difahamkan, Eyka menerima mas kahwin sebanyak RM3,200 daripada Akhyar.
Terdahulu, Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Wan Sarmizi, 30, pernah memaklumkan bahawa majlis perkahwinannya bakal berlangsung dalam masa terdekat dan segala persiapan telah hampir selesai.
Bintang filem Anak Perjanjian Syaitan 2 itu juga menjelaskan hanya keluarga serta teman rapat dijemput bagi meraikan hari bermakna tersebut.
Pereka fesyen terkenal, Teh Firdau, turut diberi kepercayaan untuk menghasilkan busana nikahnya.
Untuk rekod, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos 2023 namun hanya mendedahkan berita pertunangan mereka pada November tahun lalu.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
