Berita Hiburan
Nora Ariffin fail perceraian, penuhi permintaan isteri pertama
KUALA LUMPUR 19 Mac - Penyanyi Datuk Nora Ariffin dipercayai telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr Rushdi Ramli, di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, hari ini.
Dalam hantaran terbaharu di Instagram (IG), penyanyi lagu Renungan Terakhir itu menjelaskan bahawa keputusan tersebut bukan atas kehendaknya sendiri.
Menurut Nora, tindakan itu diambil bagi memenuhi permintaan isteri pertama Dr Rushdi, Ustazah Rose Aliza Sutrisno, serta desakan pihak ketiga.
"Saya buat permohonan ini bukan kerana kehendak hati kerana saya tahu ia berdosa, tetapi demi memenuhi hajat isteri pertama dari dulu lagi yang ingin kembali kepada kehidupan monogami, serta desakan anak dan pihak ketiga supaya kami berpisah. Saya ada bukti," tulisnya.
Nora turut mendakwa bahawa perceraian kali pertama antara dirinya dan Dr Rushdi juga berlaku akibat tekanan pihak tertentu.
"Harap ustaz akan ikut sahaja sebagaimana lafaz talak pertama dulu, yang dibuat selepas kami solat Subuh, akibat desakan pihak ketiga. Saya juga diminta untuk merakam lafaz cerai sebagai bukti. Allah sahaja yang tahu," katanya.
Beliau turut mendakwa kenyataan terbaru Dr Rushdi juga telah diubah atas permintaan pihak terdekat.
Terdahulu, pada 12 Ogos tahun lalu, Nora memuat naik video Dr Rushdi menceraikannya dengan talak satu dalam satu rakaman berdurasi 52 saat di Instagram. Namun, beliau menjelaskan bahawa perceraian itu berlaku lebih awal daripada tarikh video tersebut dimuat naik.
Pada 14 September 2024, Nora mengesahkan bahawa mereka telah rujuk semula sebagai suami isteri.
Nora dan Dr Rushdi mendirikan rumah tangga pada 2021. Dr Rushdi sebelum ini merupakan sahabat baik kepada bekas suami Nora, Allahyarham Johan Nawawi, yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun. - Media Telus
Berita berkaitan
March 16, 2026, 10:58 am
Aedy Ashraf ambil risiko besar terbitkan Tarung: Unforgiven
February 4, 2026, 10:52 am
Tarian penonton cetus kontroversi, penganjur Makar Fest XL tampil mohon maaf terbuka
January 27, 2026, 12:33 pm
Nora Ariffin tarik balik tuntutan cerai, pilih teruskan perkahwinan
January 23, 2026, 9:15 am
Fazura umum bersara daripada drama televisyen tempatan
January 20, 2026, 10:22 am
Brooklyn Beckham putus hubungan dengan keluarga, dakwa membesar dalam pembohongan
January 14, 2026, 2:42 pm
Filem ‘Ozora’ angkat kisah benar penganiayaan David Ozora di Jakarta
December 28, 2025, 4:39 pm
Rasa seperti renjatan elektrik di dada ketika latihan - Remy Ishak
December 18, 2025, 11:58 am
Kamal Adli tetap pertahankan rumah tangga, enggan buat kenyataan di luar mahkamah
December 12, 2025, 11:22 am
Sissy Imann sah bergelar isteri Dr Zamir Hilman dalam majlis akad nikah di Putrajaya
December 2, 2025, 6:30 pm
