Berita Hiburan
Tiada sefahaman, isteri Edika Yusof fail cerai selepas 22 tahun berkahwin
KUALA LUMPUR 24 Mac - Pasangan yang sering mendapat pujian atas kesetiaan yang ditunjukkan sebelum ini akhirnya menjadi perhatian apabila isteri kepada pelakon Edika Yusof, Nor Hidayah Yusri, telah memfailkan permohonan cerai terhadapnya pada Februari lalu.
Perkara ini disahkan oleh peguam syarie yang mewakili Hidayah, Mohd Yazid Hazim, yang hadir pada sebutan pertama kes tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.
Hidayah, yang hadir dengan berkerusi roda, ditemani peguamnya dan dalam pertemuan dengan media di mahkamah, Yazid memberitahu bahawa sebutan hari ini adalah bagi penyerahan dokumen dan sepatutnya pihak defendan (Edika) hadir, namun mereka menerima surat daripada pihak Edika yang menyatakan ketidakhadirannya mungkin disebabkan oleh alasan kerja.
Untuk prosiding kali ini, Hidayah enggan mendedahkan punca sebenar permohonan penceraian tersebut, hanya menyatakan bahawa sudah tiada lagi persefahaman antara mereka.
Beliau turut memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut mengenai isu rumah tangganya dan hanya akan menjawab persoalan di hadapan hakim.
"Semua orang tahu situasi dan keadaan saya, jadi jika saya sudah sampai ke tahap untuk pergi ke mahkamah, sudah pasti ada sebab yang sangat kukuh," ujar Hidayah, sambil menegaskan bahawa pihak lawan boleh memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.
Edika dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga selama hampir 22 tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Fareena Nurulhaq dan Fardeen Ulhaq, yang kini berusia 20 tahun. Hidayah juga mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu.
Untuk rekod, Hidayah telah mengalami lumpuh separuh badan sejak 19 tahun lalu akibat demam panas.
Sebelum ini, ramai netizen memuji kesetiaan dan layanan baik Edika terhadap isterinya itu.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
