Berita Hiburan
Saiful Apek nafi ditahan polis, cuma ada selisih faham
KUALA LUMPUR 1 Mei - Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek, tampil menjelaskan situasi sebenar di sebalik foto tular yang memaparkan dirinya bersama pihak polis baru-baru ini, yang mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial.
Menurut Apek atau nama penuhnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, gambar tersebut diambil sewaktu pihak polis campur tangan bagi meleraikan salah faham antara beliau dan seorang individu tidak dikenali.
“Ya, memang saya individu dalam gambar itu. Tapi sebenarnya saya tidak ditahan. Polis cuma meleraikan pertelingkahan lidah antara saya dan seorang individu yang memperlekehkan filem 6 Jilake serta pengarahnya, Aziz M. Osman,” jelasnya ketika ditemui pada majlis Terbaek Raya MStar di ibu negara semalam.
Apek menyatakan bahawa beliau terkilan apabila filem lakonannya dan pengarah yang dianggap seperti "sifu" olehnya dihina secara terbuka.
“Kalau dia sekadar sebut nama saya, saya masih boleh bersabar. Tapi apabila dia hina filem 6 Jilake dan sentuh nama abang saya, Aziz, saya memang tersentuh,” katanya.
Insiden Berlaku di Majlis Rumah Terbuka Ketua Polis Negara
Tambah Saiful Apek, kejadian berlaku ketika beliau menghadiri majlis rumah terbuka anjuran Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Cheras pada Isnin lalu.
“Saya dah cuba elakkan konfrontasi. Saya bangun dan beredar dari tempat duduk supaya tak ganggu majlis. Tapi apabila sampai ke kawasan parkir, individu itu masih terus memprovokasi – dan ketika itu polis datang untuk tenangkan keadaan,” jelasnya.
Mohon Maaf atas Kekeliruan
Walaupun tidak melibatkan sebarang kekasaran fizikal, Apek mengambil pendekatan berhemah dengan memohon maaf kepada pihak keluarga dan rakan-rakan yang mungkin terkesan dengan isu tersebut.
“Saya minta maaf kepada keluarga dan sahabat atas kekeliruan yang timbul. Insiden ini tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi di majlis penuh hormat seperti itu,” katanya mengakhiri kenyataan. - Media Telus
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
