Berita Berita
Anwar sifatkan tarif Trump bukan cabaran pertama dan terakhir multilateralisme
KUALA LUMPUR, 8 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan langkah Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif timbal balik baharu terhadap import bukanlah cabaran pertama yang menggugat sistem perdagangan pelbagai hala (multilateralisme) — dan juga bukan yang terakhir.
Berucap dalam Persidangan Pelaburan ASEAN 2025 hari ini, Anwar menegaskan bahawa dasar terbaharu pentadbiran Presiden Donald Trump itu memberi kesan kepada banyak negara, termasuk negara-negara Asia Tenggara.
“Jika ASEAN terus berani, terbuka, pragmatik dan bersatu, kita mungkin menjadi antara yang terakhir di dunia yang masih percaya bahawa kerjasama membawa hasil yang lebih baik,” katanya.
Pengumuman tarif baharu oleh Trump mencetuskan kegusaran global selepas beliau mengarahkan pengenaan tarif asas sebanyak 10 peratus ke atas semua barangan import ke AS bermula 5 April lalu.
Selain itu, tarif tambahan dikenakan ke atas 60 negara yang dikategorikan sebagai “pesalah paling teruk”, dengan kadar berbeza-beza. Antaranya termasuk Vietnam (46%), Kemboja (49%), Thailand (36%), China (34%), Jepun (24%), EU (20%), Taiwan (32%) dan Afrika Selatan (30%).
Malaysia tidak terkecuali apabila turut dikenakan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus oleh AS.
Langkah agresif ini menimbulkan kebimbangan terhadap rantaian bekalan global dan boleh menjejaskan kestabilan ekonomi negara-negara sedang membangun.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:05 pm
Budak 3 tahun lebam mata ditumbuk anak pengasuh berusia 18 tahun di Batu Muda
December 18, 2025, 7:41 pm
Salji turun di Arab Saudi
December 18, 2025, 7:30 pm
Kerajaan umum tiada kenaikan kadar tol tahun depan
December 18, 2025, 7:10 pm
Mayat ditemui di rumah kosong di Rembau
December 18, 2025, 5:14 pm
Prasarana tanggung rugi RM20.6 juta akibat kecurian kabel sejak 2023
December 18, 2025, 4:15 pm
Anwar beri peringatan tegas kepada menteri baharu, tiada tempoh bulan madu
December 18, 2025, 4:04 pm
Anwar ingatkan timbalan menteri galas amanah sebaik mungkin
December 18, 2025, 3:57 pm
Warden penjara ditemui mati di ruang tamu rumah dinaiki air di Kuantan
December 18, 2025, 3:48 pm
Najib boleh jalani hukuman penjara di rumah serta-merta jika Titah Adendum memihaknya
December 18, 2025, 2:56 pm
