Berita Berita
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai

KOTA MARUDU, 19 April – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika menjalankan aktiviti memanah ikan di sebuah sungai berhampiran Kampung Minansad, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Simiun Lomudin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam ketika mangsa bersama tiga rakan sedang memanah ikan di sungai yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik daripada kabel elektrik yang terputus dan mengenai air sungai di lokasi kejadian.
“Sekitar sejam selepas mereka keluar, salah seorang rakan mangsa bergegas pulang ke rumah dan memaklumkan kepada bapa mangsa bahawa anaknya terkena renjatan elektrik ketika berada dalam sungai.
“Bapa mangsa segera ke lokasi dan mendapati anaknya berada di dalam sungai dengan kabel elektrik berada di tangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pemeriksaan awal di lokasi tidak menemui sebarang unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa. Mayat kemudian dibawa naik oleh pasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Kota Marudu.
Jenazah dibawa ke hospital untuk bedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Berita berkaitan
May 9, 2025, 5:54 pm
Polis tahan pelatih gimnasium disyaki ugut wanita mahu simbah asid
May 9, 2025, 3:36 pm
Polis buru suspek sindiket curi kabel digelar 'Kecik'
May 9, 2025, 3:26 pm
Dua beranak nyaris lemas selepas kereta terjunam ke kolam kumbahan
May 9, 2025, 3:19 pm
Kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada Mac 2025, pasaran buruh terus stabil
May 9, 2025, 3:15 pm
Lelaki maut kemalangan motosikal lepas hantar isteri ke tempat kerja
May 9, 2025, 1:24 pm
Pindah pekerja asing merentasi sektor hanya libatkan sektor formal - Steven Sim
May 9, 2025, 1:05 pm