Berita Berita
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis

RAWANG 18 April - Laporan awal siasatan berhubung insiden letupan dan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, siasatan hampir selesai dan kini di peringkat akhir.
Beliau berkata, siasatan turut melibatkan elemen kemungkinan kecuaian atau perbuatan khianat, selain siasatan teknikal oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang masih berjalan.
"Siasatan masih lagi berjalan dari segi kecuaian atau khianat dan satu lagi siasatan oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) masih berjalan juga. Jadi kita tunggu dalam seminggu lagi, kita akan keluarkan laporan awal iaitu hasil dapatan di lokasi kejadian," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Balai Polis Bandar Country Homes, di sini hari ini.
Majlis disempurnakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah. Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Mengulas lanjut, Hussein memaklumkan kerja-kerja pengorekan di kawasan kejadian telah selesai, dan pihak berkuasa berjaya menemukan paip gas yang meletup.
"Kita sudah menemukan paip yang meletup dan sekarang dalam kajian forensik oleh polis serta pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," ujarnya.
Dalam kejadian 1 April lalu, saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights meletup sebelum terbakar kira-kira jam 8.10 pagi, menyebabkan 219 rumah terjejas. Daripada jumlah itu, 87 kediaman mengalami kerosakan teruk manakala 132 lagi rosak ringan tidak melebihi 20 peratus.
Berita berkaitan
May 9, 2025, 5:54 pm
Polis tahan pelatih gimnasium disyaki ugut wanita mahu simbah asid
May 9, 2025, 3:36 pm
Polis buru suspek sindiket curi kabel digelar 'Kecik'
May 9, 2025, 3:26 pm
Dua beranak nyaris lemas selepas kereta terjunam ke kolam kumbahan
May 9, 2025, 3:19 pm
Kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada Mac 2025, pasaran buruh terus stabil
May 9, 2025, 3:15 pm
Lelaki maut kemalangan motosikal lepas hantar isteri ke tempat kerja
May 9, 2025, 1:24 pm
Pindah pekerja asing merentasi sektor hanya libatkan sektor formal - Steven Sim
May 9, 2025, 1:05 pm